Nasi Ayam Hainan Halal @ Chee Meng Old Klang Road KL

Assalammualaikum dan salam sejahtera uols,

Sedar tak sedar, kita telah pon masuk akhir tahun untuk 2017. Sebulan lagi daripada sekarang kita akan ke Tahun Baru. Fuihh, cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Dalam tahun ini sahaja 48 artikel makanan termasuk yang nih telah dipublished dengan jayanya. Pelbagai jenis makanan telah pon dipilih untuk dimasukkan dalam blog makan hunter jjcm nih. Zaman sekarang nih, tidak ramai memilih untuk berblogging kerana netizen lebih ramai gemar untuk melihat gambar dan vlog di IG dan FB kerana ia Lebih direct. Senang cerita blog nih dah kira ketinggalan zaman sudah. Kalau kita search pon dekat Gugil tidak banyak Blog yang Baru dicreate dan banyak yang telah jadi abandoned yakni terabai dan usang ditinggalkan begitu saja walaupon mempunyai ramai follower. Bagi aku, Aku masih suka berblogging walaupon dianggap ketinggalan zaman kerana ia dapat memperbaiki cara Penulisan aku dan lebih mudah untuk aku ekspresikan feeling aku dalam memperkenalkan soal rasa walaupon ia tidak sespontan seperti Vlog, dan sedia maklum Sense itu bersifat subjektif dan tidak ada orang yang bisa mempersoalkannya. Baiklah, untuk artikel kalinih aku pi Jalan Klang Lama untuk mencarik restoran Nasi Ayam Hainan Halal yang mahsyur sejak dulu iaitu Restoran Chee Meng.

Nasi Ayam Restoran Chee Meng

Korang boleh ON jek Waze kat Smartfon dan carik nama kedai nih. Ia betul-betul berada di pertengahan pekan Jalan Klang Lama yang selalu sibuk di Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Restoran Chee Meng Kai Fun) Sub Lot A1, Batu 4 1/4, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur.

Nasi Ayam Hainan nih memang cukup pemes dengan trademark Roasted / Fried Chicken yang Kilat dan juga Ayam stim berserta sos halia dan juga sos cili blended. Memandangkan aku nih bekas Assistant Restaurant Manager Trainee (ARMT) di sebuah Restoran Food Dining Nasi Ayam Hainan yang terkenal di Malaysia, aku tau ler serba sedikit pasal Nasik Ayam Hainan nih. Bagi aku sendiri, nasik ayam hainan paling sedap adalah di bekas tempat kerja lama aku tuh berbanding kalau pergi ke mana-mana food court mahupon kedai nasik ayam hainan lain. Bezanya pada nasiknya yang berwarna kuning emas dan berderai. Malah grade beras yang digunakan cukup tinggi berbanding tempat lain. Cuma yang tak bestnya bagi aku ialah Ayam Stimnya yang kurang rasa. Ayam stim nih ada caranya untuk kita masak. Ayam perlu disiram dengan rebusan herba cina selama beberapa kali supaya kulitnya tegang dan setelah itu barulah dimasukkan dalam pot rebusan ayam tersebut. Setelah ayam nampak telah masak dengan baik, ia perlu dimasukkan dalam bekas berisi air ais. Dan, proses itulah ramai orang Melayu kita complaint dapat ayam sejuk bukan sebab HVAC sebenarnya tetapi sebabnya ia dimandikan dengan ais. Ramai yang bagi balik ayam kepada kami untuk dipanaskan. Setelah itu, ayam sedia untuk ditayang pada umum. Itu nampak dekat display nampak tegang jek ayam tuh. Nampak macam tak masak, tapi masak sebenarnya. Begitu juga dengan roasted chicken, ia melalui pelbagai proses yang rumit sebelum ditayangkan pada display. Dan, memotong ayam pon ada caranya. Bukan simply-simply potong. Timun dan jugak spring onion ada cara untuk potongan tersendiri untuk nampak lebih menarik. Itu sebab aku sukakan Nasi Ayam Hainan. Ia boleh dikatakan Art of Cooking. Berseni dan masak dengan seikhlas hati itulah resepi kesedapam Nasi Ayam Hainan, bukan macam nasi ayam biasa letak kicap kat ayam. Masuk segala rempah ratus dalam nasik macam buah pelaga, cengkih bagai pastuh bila kita makan tergigit terus turn off. Adehh.

Berbalik pada Nasi Ayam Hainan di Chee Meng nih, servis di sini memang pantas dan efisyen. Kalau ada tempat duduk, terus jek ke meja makan dan waiter sudah siap mengambil pesanan kita. Aku memilih nasi ayam separuh dan jugak sepotong ayam Kilat bahagian Peha dan juga sepotong Ayam Stim bahagian wing.

Nasi Ayam

First impression bila makan nasi ayam nih, ia penuh dengan rasa garlic, wangi mentega, serai dan jugak blend halia begitu jugak minyak ayam yang menyerlahkan rasa nasik ayam nih. Walaupon begitu, ia tidak berlemak sangat. Rasanya just nice, dan lebih sedap daripada nasi ayam yang aku sebutkan di atas. Memang nasinya sangat-sangat enak dan sampai sekarang aku masih terasa keenakannya. Memang power.

Ayam Goreng Kilat

Kulit ayamnya crispy dan isi ayamnya juicy, kena pulak bilamana ayam tersebut dicicah dengan sos cili yang masam-masam pedas. Nih pon power jugak. Kuah kicap yang diberi agak banyak, tetapi ia tidaklah masin sangat, malah bau sesame oil melekat dengan banyak pada kuah kicap menyerlahkan rasa dan nikmat nasik ayam hainan. Tulangnya tidak berwarna merah, dan itu menandakan ayam dimasak dengan baik pada suhu api yang sekata. Aku memilih bahagian drumstick kerana aku ingin melihat cara potongannya dan memang kualiti potongannya amat baik di mana tulang di bahagian tengahnya dibuang dan ia tinggalkan hujungnya saja menandakan itulah bahagian peha. Jika kita pergi mana-mana kedai nasi ayam, depa potong sekali bahagian tulang tuh, dan kadang bila kita makan drumstick, akan terasa tulang yang tajam keras dan ia sekaligus membahayakan terutama pada kanak-kanak. Hanya tukang masak nasi ayam original hainan saja yang membuang bahagian tulang tersebut. Selalunya ayam jenis ni dibakar dengan menggunakan teknik Apollo untuk mendapatkan hasil kilat yang sekata di seluruh bahagian ayam. Teknik apollo nih ayam yang telah dikeringkan seketika akan diletakkan di dalam suatu bekas atau tempayan dan di dalam itu diisi sebekas arang di dalamnya. Ayam akan digantung di sekeliling tempayan tersebut.

Ayam Stim

Selalunya kalau kita pi mana-mana kedai nasi ayam yang menghidangkan ayam stim, di bahagian hujung kepak selalunya hitam dan itu menandakan ayam lama yang dihidang malah darah ayam telah beku di kawasan itu. Begitu juga di bahagian tulangnya masih merah menandakan ayam pulak tidak dimasak dengan sempurna sebelum diangkat. Sengaja aku memilih bahagian kepak untuk aku lihat cara masak ayam stim di sini dan ia dimasak dengan sangat-sangat baik. Kulitnya berwarna kuning cair, menandakan ia telah disiram dengan agak lama dan kita dapat merasai kekenyalan kulit ayam stim. Sebenarnya nama saja ayam stim tetapi ia tidak dimasak dengan cara pengewapan sebaliknya ayam itu direbus di dalam herba cina yang simple tetapi hasilnya sangat-sangat mengagumkan. Bagi aku, ayam stim di sini lebih baik daripada mana-mana tempat. Ayamnya segar, juicy dan dimasak dengan baik malah kuah kicapnya cukup terasa dan match dengan ayam begitu juga dengan sos cili yang disediakan. Syiokk abisss.. Timun yang diberikan amat-amat segar, nampak hijaunya yang cukup cantik memang padan bila dijamah dengan ayam yang ada.

Sup peanut

Sup ayam yang sememangnya mai daripada hasil rebusan ayam. Ia dilengkapi pulak dengan kacang tanah dan ia sesuatu yang baru bagi aku. Memakan kacang di dalamnya seolah-olah menjamah kacang rebus yang biasa kita beli di tepi jalan. Fungsinya untuk meredakan tekanan dan membuatkan kita lebih refreshing.

Ginger paste dan Chili Sauce

Bendalah nih sedap bila kita makan dengan nasik ayam ataupon makan dengan ayam stim. Ia memberikan efek pedas-pedas hangat dan memecah selera. Dan, gi ger paste sini much better daripada tempat kerja lama aku. Lebih segar dan ia bukanlah recycle. Begitu jugak sos cilinya sangat-sangat sedap dan segar. Terasa kepedasannya dan masam yang cukup.

Overall

Daripada segi rasa, mutu, kualiti dan servis memang cukup-cukup baik. Kurang lebih 10 minit bermulanya pesanan hingga tamat aku makan masa yang cukup-cukup singkat diambil menyerlahkan kepada semua inilah tipikal hainanese chicken rice. Cumanya, harga makanan dan minuman agak pricey nak dibandingkan di tempat-tempat lain. Standard harga untuk pelancong asing bukannya untuk warga tempatan. Nak kata kedai makan ada aircond, memang langsung takder laa kan. Apa-apa pon bagi korang yang nak mencuba hidangan syiok Hainan dengan pengiktirafan Halal, korang boleh singgah di mana-mana 4 cawangan Chee Meng nih di seluruh Lembah Klang. Depa betoi-betoi gunakan plate Halal dan trademark Chinese Muslim dengan baik dengan mengenakan harga makanan yang cukup pricey. Dan sebab itulah jugak tidak ramai orang Cina singgah makan di sini, better dorang pergi makan di kedai cina yang lebih murah. Satu set nasi ayam boleh dapat dengan harga rm5.50 berbeza dengan di sini lebih daripada rm10 seset! Adehh. Okay, setakat ini saja review makan saya untuk kalinih.

Verdict dan total score per 5 bintang

Nasi Ayam ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Roasted Chicken ⭐️⭐️⭐️⭐️

Steam Chicken ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Kuah kicap ⭐️⭐️⭐️⭐️

Sup kacang ⭐️⭐️⭐️⭐️

Sos cili ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ginger paste ⭐️⭐️⭐️⭐️

Overall taste dan kualiti makanan ⭐️⭐️⭐️⭐️

Environment ⭐️⭐️⭐️

Service⭐️⭐️⭐️⭐️

Price⭐️⭐️

Singgah lagi? Yes, for sure once per 3 months ✌️

1 thoughts on “Nasi Ayam Hainan Halal @ Chee Meng Old Klang Road KL

Tinggalkan komen