Chicken Chop Fried Rice Termurah di Malaysia!

Mesti korang tak boleh brain kan Nasik Goreng Chicken Chop berharga rm5.90 sahaja! Aku pon mula tak percaya gak, tapi bila aku suruh brader tuh ulang sebanyak 100 kali sambil hentak-hentak meja baru aku boleh masuk akal.. 😅😅 tuh aku membongak jek ko jangan caya plak… Wajib korang percaya dan perhalusi ayat aku nih adalah rm5.90 pada zaman ekonomi tak berapa nak cantik nih kau boleh dapat seset nasi goreng chicken chop. Waddahel men! Murah giler kan?

Brader nih memang power laa boleh beri harga yang secantik macam tuh untuk menu western mewah ditambah ada nasik lagi. Okay, dengan menu nasi goreng chicken chop nih, korang akan dapat nasik goreng seportion, ayam chicken chop yang dibattered dengan baik, keropok moni atau keropok ubi kayu, salad, dan jugak sambal penyet pedas meletup. Korang boleh pilih gak samada nak makan chicken chop dengan nasik goreng mahupon fries dan harganya masih sama.

Suapan pertama

Nasik gorengnya kurang rasa dan agak suam-suam tetapi jangan khuatir, rasa nasik goreng yang tawar sedikit itu telah diremoved dengan kekuatan pada sambal penyet yang pedas dan syiok digaul sekali dan ditambah pulak dengan adanya sos black pepper. Chicken chop nya terbaik dan cukup rasa.

Kesimpulannya, kalau korang nak merasai kesedapan nasik goreng chicken chop yang berharga rm5.90 ini boleh ke Damansara Damai, Selangor. Waze jek komfom jumpa. Untuk penduduk area sini boleh makan selalu chicken chop murah. Dah laa murah dan sedap pulak tuh. Nih laa yang kami mahukan sebagai rajyat marhaen. Brader, lu kalau jadi YB, aku akan vote untuk kau… Memahami kehendak masyarakat. 😅

Verdicts & Scores

Kesedapan ⭐️⭐️⭐️⭐️

Ketagihan ⭐️⭐️⭐️

Value for Money ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Repeat ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Recommended ⭐️⭐️⭐️⭐️ (tapi jauh sikit laa dari rumah aku, huhuhu)

Tinggalkan komen