Spicy Topokki Halal Setia Alam @ Maysan Coffee & Laundry

Assalammualaikum dan saranghae,

Akhirnya kalinih aku dapat jugak review makanan Korea Halal yang berdekatan area Setia Alam nih. Aku nih jenis berani-berani takut jugak nak mencuba makanan antarabangsa, almaklomlaa tekak nih dah biasa makan sambal belacan or tempoyak sejak daripada kecik. So, lidah dah sebati dengan masakan Melayu. Paling rare pon bagi aku selama hidup nih yakni memakan makanan Jepun macam sushi. Dan, aku rasa makanan yang aku makan tidak kisahlah masakan cina ke, india ke, arab ke skalipon memang aku boleh terima. Dan, sebab itulah aku gagahkan diri jugak nak mencuba makanan Korea yag ramai netizen cakap sedap giler tuh dek dipengaruhi dengan drama Korea.

So, aku menjengah laa ke Maysan Coffee & Laundry Cafe yang berada di TREFOIL Apartment yang berdekatan dengan Setia City Mall. Lokasinya betul-betul di bawah apartment. Senang jek nak mai sini. Masuk-masuk jek kita akan dipelawa oleh waitress yang comel untuk ke kaunter mengambil pesanan. So, di sini bayar dulu, dan pesanan akan dihantar kepada kita. Kita hanya perlu lepak saja sambil menikmati kecantikan dekorasi or hiasan dalaman kafe ini. Ruang makan berada di ground floor untuk meja bar, dan juga tingkat pertama serta kedua untuk meja makan biasa. Sini kalau nak lepak sambil main wifi dan berbincang pasal kerja memang best. Dah laa deco cantik, dilengkapi jugak dengan penghawa dingin, sambil lepak tuh bole peluk bantal. Dah macam rumah sendiri. Comfort and Cozy habislaa… hehehe.

Aku memesan hidangan korea yang dinamakan Spicy Topokki add-on cheese and ramen yang berharga seperti dalam resit. Topokki nih nama sebenarnya ialah Tteok-bokki (떡볶이) yang konsep makanannya macam nasik himpit goreng. Macam kita nih orang Jawa terkenal dengan Lontong goreng, atau orang cina yang menyukai Chee Cheong Fun. Bahan utama nih macam kita makan laksam, yang kueteow tuh, takpon yong taw foo. Tapi yang selalu kita makan tuh lembut, tapi nih unik sedikit. Apa uniknya?? 🤔

<<<<<<
anjang yang dibuat daripada beras pulut Korea nih dinamakan Garae-tteokakan dipotong kecil, yang mempunyai tekstur amat-amat kenyal dan ia bukan macam kita makan pasta penne yang kenyal tapi lembut. Ia jugak tidak mempunyai tekstur yang sama macam kita makan kueteow. Ketepikan semua itu kerana ini ialah sejenis bahan makanan yang amat berbeza sama sekali walaupon secara teknikal ya bersumberkan tumbuhan yang sama tapi mungkin spesis yang sangat berbeza. Sebab itu, bila kita makan nih, ia sangat unik dan pelik. Kita harus mengunyah banyak kali walaupon kita sedar ia masak dengan baik oleh Chef. Tetapi, itulah tekstur yang kita dapat rasa apabila memakan Topokki ini. Dan, nasib baiklah Chef meletakkan beberapa butir saja Topokki nih.

<<<<<<
h baru aku describe satu bahan saja yakni Garae-tteok. Belum lagi makanan sampai. Haha… Selang 15 minit kemudian semangkuk besar hidangan Spicy Topokki tiba dengan cemerlangnya. Kita akan lihat cheese yang melimpahi ruangan atas Topokki. Ada garae-tteok dipotong, telur rebus sebijik, seaweed, dan juga di bawahnya ada ramen, ada fish cake macam ala-ala pucuk yong tau foo dihiris nipis dan juga sos merah yang dinamakan Gochujang yang membawa maksud sambei or sambal Korea atau pon cili giling Korea. Bahan nih sebenarnya spesel sikit. Ia menggunakan beberapa bahan asas yang dinamakan gochutgaru (serbuk cili merah), pulut, mejutgaru (ala-ala serbuk taucu), yeotgireum (serbuk barli malta) dan garam. Kemanisan gochujang nih walaupon pedas datangnya daripada bahan kanji pulut bersama enzim semasa proses peraman. So, dua bahan utama inilah yang menyerlahkan rasa Tteok-bokki.

<<
rst impression?

Nampak menarik macam kita makan lasagna, tapi rasanya agak unik dan pelik, dan sampai tamat aku makan pon masih rasa pelik. Rasanya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Chewing gum tekstur pada rice cake tuh, dan ko kena kunyah dengan jangka masa yang agak lama. Ia seakan-akan sesuatu yang mustahil untuk aku habiskan. Kenapa ya? Seolah-olah gabungan antara kesemuanya tidak kena pada taste buds aku. Maaf, nih bagi pendapat aku. Ia sedap, ada cukup rasa manis, pedas, pekat dan sebagainya. Cuma ada sesuatu yang hilang. Tekstur mi ramen nya cantik, begitu juga dengan garae-tteok yang cukup masak, cuma lidah aku tidak boleh terima keunikan masakan Korea. Mungkin hidangan ini sesuai untuk peminat fanatik K-pop terutama anak-anak muda belia remaja dan juga Korean especially yang boleh terima masakan berasaskan cheese dan juga sos merah nih. Bagi aku, aku langsung tidak boleh terima. Ia seolah tubuhku menendang balik makanan yang aku cuba nih. Ia langsung tidak boleh terima perubahan rasa.

<<
rana apa ya?

Mungkin silap aku dengan menggaulkan cheese dengan sos merah, dan terus-menerus makan? Ataupon tiada tekstur krup-kruppp atau garing dalam makanan tersebut. Cuma yang ada hanyalah rasa pekat, pedas, manis, kenyal, dan kental. Tapi ia sangat-sangat unik dan mempunyai perbezaan yang sangat ketara dengan makanan yang aku pernah rasa sebelum nih. Ia seolah-olah bukan menjadi makanan yang kita nak ulang makan. Kita makan 3 ke 4 suap dan kita stop. Kembali makan, tetapi berhenti lagi. Kita akan rasa full dan muak. Aku dapat habiskan kesemuanya tetapi tidak pada ramen. Pertama kali dalam sejarah, aku tidak dapat menghabiskan makanan yang aku beli menggunakan duit kerahan otak aku sendiri.

<<
cara kesimpulannya, hidangan ini sesuatu yang baru bagi aku. Ia enak dan rasanya lebih kurang kita makan mee bandung Muar, cuma bezanya ia tidak ada sayur sawi. Hehe. Dan, aku akan rasa muak dengan kepekatan cheese dan bau yang pekat bagi aku membuatkan aku loss appetite. Mungkin major let down bagi aku ialah cheese tersebut, dan jugak seaweed. So, untuk aku ia mungkin pengajaran laa kerana pandai-pandai nak mencuba hidangan lain daripada yang lain konon tapi gagal jugak akhirnya. Untuk peminat makanan korea korang boleh cuba makan di sini. Sebab ia mungkin menepati selera korang kan tetapi tidak pada aku. Kat cafe nih ada pelbagai jugak menu best dari masakan Melayu sehinggalah ke Western. Harganya standard makan kat cafe laa. Minuman pon pelbagai.

< strong>My score out of 5 stars:<<
pedasan ⭐️⭐️⭐️

Kesedapan ⭐️⭐️⭐️⭐️

Terima tekak ⭐️⭐️

Cuba lagi? ⭐️

Harga ⭐️⭐️

Keselesaan ⭐️⭐️⭐️⭐️

Atmosphere ⭐️⭐️⭐️⭐️

Overall makanan ⭐️⭐️⭐️

Overall environment ⭐️⭐️⭐️⭐️

Anyway, taste orang lain-lain. Nih bagi pendapat aku dan bukan secara keseluruhannya. Jika korang nak mencuba tuh boleh laa gi Maysan Coffee & Laundry nih. Waitress dia⭐️⭐️⭐️⭐️. Hahahaha..✌️

Tinggalkan komen