Citarasa Anak Jati Kedah @Nasi Lemak Royale, KL

Assalammualaikum dan selamat berpuasa yang ke 27 Ramadhan. Untuk artikel kalinih, kita berkunjung ke ibu kota Malaysia di Kuala Lumpur untuk menikmati Nasi Lemak Royale Kedah sekaligus menutup tirai penjelajahan kuliner sepanjang Ramadhan untuk tahun 2017 nih.


Nasi Lemak Royale

Masakan ini asalnya dari Utara Malaysia yakni di Kedah dan ia sebenarnya bukanlah seperti nasi lemak tipikal yang selalu kita jamah di mana-mana ceruk serata Malaysia dan sedia maklum jika kita bangkitkan cerita mengenai nasi lemak, nasiknya sendiri perlulah cukup santan, wangi dan dilengkapi pulak dengan kacang goreng, ikan bilis goreng, telur rebus dan sambal sebagai pelengkap hidangannya dan lauk-pauknya terdiri daripada pelbagai jenis sambal dan rendang.


 Berbeza dengan Nasi Lemak Royale, tekstur warna nasiknya kekuningan dan ia sangat gurih yakni berempah serta cukup lemaknya. Ia memang jauh sekali berbeza dengan nasi lemak tipikal. Disebabkan warnanya yang kekuninganlah ia digelar Royale (warna diraja) dan ia juga merupakan santapan kegemaran Sultan Abdul Halim (Sultan Kedah sekarang). Royal sungguh noe.


 Selain itu, lauk-pauk yang dihidangkan juga sangat-sangat berbeza, dan ia seakan-akan lauk nasik kandaq yang terlalu banyak variety yang perlu dipilih sehinggakan pengunjung rambang mata untuk memilih lauk mana yang  menjadi idaman qalbu. Kuah juga memainkan peranan penting dalam membezakan nasi lemak tersebut dengan nasi lemak lain. Menurut Pengurus Nasi Lemak Royal Kedah Ampang, Abdul Khader Abdul Rahim, terdapat lima jenis kuah iaitu kuah dalca, pedas, kicap, sambal dan madu disediakan dan selalunya pengunjung akan meminta untuk dicampurkan kesemua kuah tersebut sehingga banjir sampai paras lutut. 😅


Terdapat lauk-pauk bergoreng seperti ayam goreng, parts ayam lehiaq (tengkuk), hati, mempedal, puyuh goreng, kepala ikan goreng, ikan goreng, dan juga lauk kari seafood seperti sotong, udang menunggu untuk dijadikan santapan anda. Kalau anda suka lauk yang simple boleh saja ambil telur rebus, bendi rebus dan juga cili hijau. Itu sahaja pon dah cukup sebenarnya disebabkan nasiknya yang sangat padu sudah membuatkan anda cukup berselera dalam menjamah sepinggan Nasik Lemak Royale. Kalau yang hardcore dan meminati masakan rare, boleh memilih limpa masak hitam, telur ikan dan jugak telur sotong masak rempah yang saya jamin masakannya unik daripada tempat biasa kita santap di mana-mana restoran nasi kandar. Nak tahu apa yang uniknya tunggu sehingga tamat artikel ini dikarang. Hee. Harga makan di sini standard kita pi makan nasik kandaq. Bermula dari rm7 sehinga mencecah rm25 keatas untuk sepinggan nasi dan ia juga bergantung kepada lauk-pauk yang diambil. So, jika rasa nak makan seafood jangan ngengader lak bawak 5 hengget. Pastuh viral kat laman sosial habaq mai mahai bagai. Melampau hang noe. 

Apa yang saya makan???

Nasi sepinggan penuh dan juga lauk ayam goreng, kari sotong dan telur sotong berserta 5 jenis kuah campoq dan air teh o panas. (Rm18.90)


Nasi dan kuah campoq 5 bersaudara:  ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Nasiknya sangat berempah dan cukup berlemak. Seperti kita menjamah nasi orang kawen. Syioknya ia dimakan panas-panas dan disirami pulak dengan kuah yang cukup menyelerakan. Kuah pedas depa memang betoi pedaih dan membangkitkan selera. Ia memang menguji segala deria rasa kita, kerana cukup rasa pedas, masin, manis, masam digabungkan sekali dan itu yang membuatkan orang beratur panjang untuk menikmati Nasik lemak nih tanpa putus-putus. Tapi ada segelintir pengunjung duk crita yang kat Kedah lagi power tapi bagi saya sendiri yang tak pernah lagi menikmati masakan ini di sana, saya rasakan yang ini pon dah cukup sedap dah. Tak tau laa camne punya shadapp yang kat Utara nun. Bagi aku yang dah biasa makan nasik kandaq kunen macam di Restoran Lan Kedah di Shah Alam dan Fareed Line Clear di Sungai Buloh, yang di sini tahapnya par dia di atas. Daripada segi tekstur nasik dan juga rasa. Sini nasiknya cukup berlemak. Ya, saya akui nih bukan nasik kandaq kunen seperti yang saya pernah jamah sebelum-sebelum nih. So, makna kata yang nih memang nasik lemak bukan nasik kandaq kunen.


Ayam goreng berempah mamak ⭐️⭐️⭐️

Ia seolah-olah mengingatkan aku kepada satu kedai nasik kandaq femes punya cara masakan untuk ayam goreng berempahnya. Ia cukup rasa dan sedap dimakan panas-panas. Cukup segar dan bukanlah ayam recycle, malah setiap setengah jam sekali staf mereka akan membawa penuh ayam goreng yang baru dimasak dan tiap setengah jam sekali itulah ayam gorengnya timggal beberapa ketul saja yang tinggal berbeza dengan puyuh goreng dan juga pelbagai lauk bergoreng lain. Justeru if nak makan yang fresh every single time at this restaurant boleh ambil ayam goreng ini sebagai pelengkap hidangan nasik lemak. Gerenti fresh dan panas. Tetapi untuk saya, rempahnya tidaklah sampai tahap yang saya boleh beri rating lebih daripada 4 bintang oleh kerana ada banyak lagi ayam goreng berempah mamak yang lebih power daripada nih. 


Kari sotong ⭐️⭐️⭐️

Kari sotongnya standard kedai mamak. Sotongnya kenyal dan tidak terlalu keras atau lembut sangat. Just nice dan kuahnya cukup rasa. Kuahnya dipadukan dengan sotong memang cukup enak dimakan dengan nasik lemak kerana ia ada rasa pedas-pedas rempah sedikit.

Huhuhu 

Telur sotong masak berempah ⭐️⭐️⭐️⭐️

Masakan ini masih baru bagi saya. Ia bukan bergoreng dan ia juga bukannya masak kari tetapi ia seakan masak berempah atau kunyit. Telur sotong yang dilengkapi dengan bahan tumisan seperti bawang dan juga rempah dipadankan pula dengan suhun memang top notch. Sedap dan gurih. Ia memang kena pabila dimakan dengan nasik lemaknya. Fuhh memang lauk yang bagi saya agak power la jugekk…

 

Overall ⭐️⭐️⭐️⭐️

Bagi saya keseluruhannya Nasik Lemak Royale adalah satu hidangan yang cukup-cukup menyelerakan dan wajib dicuba oleh segala lapisan masyarakat tidak kiralah Melayu, Cina, India dan lain-lain kerana bagi saya ia adalah hidangan yang bercirikan totally Malaysian daripada nama nasik itu sendiri dan jugak lauk-pauk yang tidak terlalu memihak kepada masakan berasaskan India semata-mata. Ini adalah masakan yang harus dikekalkan dan wajib dipatenkan sebagai hak anak jati Kedah. Jangan sampai satu masa nanti negara jiran kita claim pulak ni masakan dari tanah asai depa. So, bagi anda yang inginkan kelainan boleh mai sini cuba dan jika anda yang berada di Shah Alam tuh takyah pi jauh sampai ke KL, depa pon dah bukak cawangan baru yang bertapak di Seksyen 14. Okey, sehingga berjumpa lagi di artikel lainnya. Salam Ramadhan untuk semua. 

Restoran Nasi Lemak Royal Kedah, cawangan KL terletak di Tiara Duta, Jalan Dagang 4, Taman Putra Sulaiman, Ampang dan dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga 1 pagi setiap hari.
Untuk penghantaran dan tempahan hubungi talian 011-1525 2609 (Asron) atau 012-422 5479 (Khader).


2 thoughts on “Citarasa Anak Jati Kedah @Nasi Lemak Royale, KL

Tinggalkan komen