Mee Celup Padu Meru Klang @Aroi, Tomyam

Kepada penggemar Mee Celup di area Klang nih tidak perlu gusar untuk mencarik kedai makan yang menyediakan masakan Mee Celup ala-ala Thai. Nih kerana di Aroi Tomyam, Simpang Meru, Klang terdapat mee celup yang mungkin akan menjadi menu kegemaran anda jika berkunjung ke sini. Apa yang menariknya mee celup nih. Ia sebenarnya makanan yang sangat-sangat simple. Ia terdiri daripada mi atau mi instant or ramen yang dicelur, dan ditaruk pelbagai lauk-pauk yang agak luar daripada kebiasaan seperti kangkung, kacang goreng, ayam rebus, perut, daging rebus dan macam-macam lagi. Mee celup nih yang syioknya ialah kuahnya yang wajib mempunyai rasa yang pelbagai. Sukar untuk digambarkan kerana ia bukan seperti mee rebus, mee sup, mee hailam dan lain-lain lagi. Ia sesuatu yang sangat berbeza.

Apa yang best?

Dekat Aroi Tomyam nih kuahnya yang paling win. Ditambah dengan bahan-bahan yang segar dihidang bersama dengan mee segera dan juga sepaket perencah mi segera. Bagi aku yang suka pedas, aku akan letakkan cili potong yang dihidang sekali dengan beberapa jenis sos yang korang boleh pilih untuk menaikkan lagi rasa mee celup sedia ada. Padu? Memang padu beb. Kalau korang nak tahu padu ke tak, kena laa cuba ke sini. Kalau korang dari Klang nak ke Meru, berhenti di traffic light Simpang Meru, restoran depa berada depan sikit saja daripada anda ambil simpang pukul 12.

Mee celup [maggi] ⭐️⭐️⭐️⭐️

Singgah lagi? 100%

Tinggalkan komen