Set Bento Sedap @ Shokuji One Utama Damansara Utama

Assalammualaikum dan itadakimasu,

Kalinih aku akan review hidangan popular dari Jepun selain sushi dan sashimi iaitu bento dan yakitori. Aku amat sukakan hidangan Jepun nih sebab ia cukup complete dengan pelbagai khasiat yang diperlukan untuk tubuh badan manusia. Cukup ada protein, vitamin, fiber dan juga zat2 lain yang melengkapi antara satu sama lain, dan rasanya pulak boleh kena tekak kita nih. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan depa tidak obes malah semua standard saiz jek.

Bento 🍱 selain dipack dengan pelbagai lauk yang menyelerakan ia jugak cukup sesuai dimakan oleh pelbagai peringkat umur. Tetapi, sukar untuk kita menjumpai bento Halal dan kalau ada yang Halal pon telah difusionkan, malah hilang identiti Jepun daripada segi pandangan, rasa dan kualitinya telah jauh lari. Dan, ia jugak dijual mahal lebih daripada rm20 sepack dan kadang kita akan rasa menyesal dan tidak puas dengan hidangan yang kita dapat.

Di Food Republic, One Utama mempunyai sebuah kiosk yang menjual hidangan bento autentik Jepun yang dikenali sebagai Shokuji Bento House yang terjamin kualitinya.

Apa yang aku makan?

Saba Bento (rm16.90)

Set bento ini dilengkapi dengan pelbagai lauk-pauk yang menarik dan harga seset juga amatlah berpatutan. Antara makanan di dalam set bento ini ialah:

Sticky rice: ⭐️⭐️⭐️⭐️

2 scope nasik melekit yang ditaburi dengan biji bijan bukanlah nasik yang biasa kita makan. Ia seakan nasik untuk pembuatan sushi yang agak melekit dan ia jugak bukanlah jugak sejenis pulut. Memang sedap jika dimakan bersama lauk-pauk yang dihidangkan dan cukup sesuai untuk orang yang berdiet daripada segi portion nasik tersebut yang tidak terlalu banyak.

Tauhu jepun: ⭐️⭐️⭐️⭐️

Sepotong tauhu yang telah dikukus disirami dengan kuah kicap cair yang amat memikat selera, ia amat match bilamana kita mengambil sedikit tauhu dan ikan serta nasik terus dalam satu suapan, dapat merasai pelbagai jenis perisa. Ia membuatkan kita berulang-ulang untuk menyuapnya.

Radish pickle: ⭐️⭐️⭐️⭐️

Jeruk yang masam-masam manis serta sedikit rasa masin sebagai pemangkin kepada makanan di atas yang agak savoury dan lembut. Ia memberikan faktor X dalam setiap kunyahan, dan dalam masa yang sama ia membuatkan kita makin bernafsu untuk menjamah makanan sedia ada.

Chawan Mushi ⭐️⭐️⭐️⭐️

Selalunya ia dimakan sebagai appetizer yakni hidangan pembuka selera. Dalam chawan mushi ini mempunyai tauhu telur yang telah dikukus dalam cawan dan dilengkapi dengan crabs stick dan juga cendawan shitake. Ia enak dimakan panas dan jika kurang masin, kita bole mintak kicap teriyaki untuk menyerlahkan rasa chawan mushi ini. Ia jugak sedap jika dimakan dengan nasik.

Miso Soup ⭐️⭐️⭐️

Ia adalah sejenis sup yg lahir daripada peraman tauhu. Ia bergantung pada berapa lama stok miso diperam, jika diperam terlalu lama maka sup kita akan jadi merah dan jika masa peraman tidak terlalu panjang ia akan jadi berwarna putih. Sup ini selalunya dilengkapi dengan rumpai Laut yang dikenali sebagai Wakame dan jugak tauhu lembut. Sup ini jugak mempunyai dashi powder. Dan, ia memang totally hidangan baru pada tekak Melayu kita nih yang dah biasa makan sup berempah atau berherba. So, jika anda rasa sup ini masam dan rasa seakan terperam, yes itulah rasa yang diperlukan dalam sup miso. Ia sebenarnya baik untuk badan kita kerana kita juga memerlukan bakteria baik untuk bertempur dengan bakteria jahat yang sering menhinggapi badan kita. 😂

Pada aku, sup nih memang aku tak boleh layan sangat lah sebab tak berapa kena tekak dan baunya memang tidak menyenangkan.. adehh.

Salad dan mash potato ⭐️⭐️⭐️⭐️

Woo yang nih memang tidak disangka-sangka laa. Selalunya sayur salad nih tak sedap dan tak berperasa tapi yang nih memang syiok giler laa salad dresing dier… dengan mash potato pon sedap, tidak terlalu lembut dan mempunyai tekstur yang agak keras pada beberapa bahagian dan paling best ialah rasanya yang cukup unik dan sedap. Salad ini dilengkapi jugak dengan tomato ceri dan jugak timun panjang jepun. Semuanya dihidang segar. Memang best laa.

Grill saba ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Inilah King nya. Ikan mackerel yang digrill cantik disirami pulak dengan kuah kicap istimewa yang sememangnya sangat-sangat enak dan ia jugak hadir dengan portion yang besar dan hampir menutupi ruang untuk sayur lain. Ia dipanggang dengan sangat baik dan mempunyai grill mark yang membuatkan kita kecur alio dalam menikmati bento nih. Jika dapat peluang merasai bento ini hari-hari pon aku sanggup hanya disebabkan kamu wahai Saba. Sangat-sangat syiokkk…

Teriyaki Chicken Bento (rm15.90)

Untuk set ini sama sahaja macam set di atas cuma bezanya ia mempunyai Teriyaki Chicken. Ayam yang dibakar dengan baik dan nampak kering di luar dan juicy dalamnya disirami pulak dengan teriyaki sauce. Teriyaki sauce nih sudah semestinya sangat enak dimakan dengan apa sahaja hidangan tidak kiralah nasik mahupon roti burger.

Yaki Tori (rm9.50)

Ia ialah sejenis skewers atau satay ayam versi Jepun yang seakan-akan sate dari Indonesia yang diperap dengan kicap istimewa. Hidangan ini menjadi hidangan kegilaan Mark Weins blogger Migrationalogy yang terus direct ke Jepun hanya untuk semata-mata menikmatinya. Dan kita di sini tidak perlu pergi jauh, hanya ke Food Republic dan singgah ke sini untuk merasai kesedapan dan kesegaran bahan Yaki Tori ini. Ayamnya diperap dengan kicap dan rasanya hampir sama dengan Teriyaki Chicken cuma bezanya ia lebih masin sedikit dan teriyaki ada rasa manis yang tersendiri. Ia jugak dilengkapi dengan cili bengala atau green pepper dan jugak sweet onion.

Hidangan di Shokuji Bento House ini sememangnya tidak mengecewakan. Ini verdicts dan rating yang aku boleh berikan. Korang boleh mencubanya ya jika singgah ke sini.

Saba bento ⭐️⭐️⭐️⭐️

Chicken teriyaki bento ⭐️⭐️⭐️⭐️

Yaki Tori ⭐️⭐️⭐️⭐️

Food Republic

S346-S347, Second Floor,

One Utama Shopping Centre,

1, Lebuh Bandar Utama,

Bandar Utama City Centre,

47800 Petaling Jaya, Selangor.

2 thoughts on “Set Bento Sedap @ Shokuji One Utama Damansara Utama

    1. Mkn tanpa was2.. penyedia makanan org Islam.. dan ia bukan seperti sushi king yg terpaksa ambil sijil Halal disebabkan sumber mereka dari Jepun direct trutama sos2 nya..

      Like

Tinggalkan komen