Nasi McD vs. Nasi Lemak Pak Nasser (Air Asia in-Flight Meal)

Assalammualaikum semua,

Buat pertama kalinya dalam sejarah McDonald Malaysia, mereka mengeluarkan menu berasaskan nasik yang selama nih tidak pernah wujud pon di bumi yang bertuah pada bulan Ramadhan ini walaupon di beberapa negara rantau Asean telah pon mengeluarkan menu berasaskan nasik untuk memenuhi keperluan rakyat. Haa, nampak tak terms rakyat semua masuk, almaklumlah kan baru tamat Pilihanraya.

Okies, kalau korang jenis yang suka usya-usya menu Mekdi dekat luar negara terutama jiran kita, Indonesia mereka mengeluarkan menu nasi yang simple jek, ada nasik putih (dibungkus elok seperti beger), sambal uleg (sambal istimewa Indo), kremes (kriuk-kriuk asli yang rangup ditabur atas ayam), ayam goreng Mekdi, dan juga telur scramble.

Sumber foto dari:

http://foodinloveid.com/2017/06/03/new-menu-ayam-kremes-with-sambal-uleg-from-mcdonalds-indonesia/

Mengikut pada blog tersebut dan ramai responden lain menyatakan yang menu tersebut memang enak terutama sambal ulegnya yang memang match dengan ayam goreng Mekdi. Di sana juga, mereka ada 1 lagi menu nasik untuk sarapan iaitu Nasi Uduk yang seakan sama seperti nasik lemak di Malaysia. Senang cerita di Indonesia mereka cuba untuk membawa makanan tradisi mereka ke persada antarabangsa dan tidak fusionkan basic hidangan tradisi yang mereka banggakan itu. Menu nasi ini bukan selalunya ada kat Mekdi, ia merupakan menu season yang didapati hanya pada bulan Ramadhan.

Di Malaysia juga sama di mana menu nasik diperkenalkan pada bulan puasa, tahun nih kira lain laa sikit daripda tahun-tahun sebelum nih kan. Nih tak abis-abis menu roti ala kebab, foldover Mashwi dan Lazeez. Ingat negara kita nih negara Arab ke aper? Bila puasa jek makan makanan Arab. Kemon laa, kita rakyat Malaysia makan nasi bila sahur or buka puasa time. Idoknyer nak makan makanan Arab macam roti bagai tuh. So, tahun nih Mekdi nampak bijak sikit bilamana depa cuba untuk memahami kehendak Malaysian.

Sebelum menu Nasi Mekdi nih diperkenalkan, dua or tiga minggu awal sebelum kehadirannya mereka telah membawa masuk Nasik Lemak Burger dan ramai telah memberi respons yang negatif lebih daripada positif dek kerana sambalnya yang seakan sambal roti High-5 yang menggunakan pes Sambal semata-mata yang kosong dan tiada taste Malaysia langsung. Better lagi sambal burger Marry Brown yang lagi kick dan authentic. Tuh pendapat orang ramai la kan.Dan, tetibe selepas menu burger nih masuk dalam pasaran, Nasik Mekdi pulak diperkenalkan.

Nasik Mekdi

Nasik Mekdi nih merupakan buah tangan menu utama Mekdi untuk rakyat Malaysia semasa bulan Ramadhan. Menunya yang berharga rm12.50 kira boleh dikatakan murah laa untuk hidangan prime Mekdi. Sebelum nih ada jugak menu nasik diperkenalkan pada bulan March seingat aku, tapi stop sekejap. Nasik makanan ruji penduduk tempatan kan, tambahan ramai rakyat bukan Malaysia pon mai Malaysia nih terutama dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan sebagainya semua mahukan nasi. Jika depa tengok burger jek dalam menu Mekdi mungkin tidak menarik minat mereka yang rata-rata inginkan nasik melebihi roti. Aku telah mencuba sendiri Nasik Mekdi yang dibeli seset berharga rm12.95 completed dengan air Ice Lemon Tea.

Dalam kotak cantik tersebut, dilengkapi dengan nasik dengan portion yang agak banyak, ayam goreng spicy seketul, ada salad yang agak kurang segornya diletak sekali mungkin dah lama rendam dalam air kot. Pastuh ada sambal kosong yang tersangat kosong nampaknya.

Suapan pertama

Maaf cakap, nasik apa yang korang cuba nak perkenalkan nih Mekdi? Nasiknya lembik, tidak berderai malah rasa yang bukan-bukan. Aku tak tahu lah dekat cawangan lain sedap or tidak tetapi yang aku beli melalui saluran Drive-thru, Klang Sentral nih amat-amat menyedihkan. Disaster! Aku dapat rasa kelemakan nasik tersebut tetapi bukan daripada santan. Aku dapat jugak merasa haruman seperti mana ada pada nasik ayam tetapi ia bukan nasik ayam. Ia seolah-olah fusion daripada nasik lemak dan jugak nasik ayam. Dan, mungkin sebab itu ia dinamakan Nasik Mekdi. Tapi tuh laa, nasiknya kurang rasa, lembik-lembik. Aku sedapkan hati, mungkin staf Mekdi cawangan tersebut silap or tidak mengikut SOP yang betul semasa menanak nasik tuh. Okay, move on to sambal pulak.

Sambal nih pon satu lagi disaster. Sambal kosong yang mempunyai rasa yang agak kosong dan tidak mempunyai rasa sambal yang betul-betul sambal citarasa Malaysia. Come on laa, nih korang nak introduce makanan citarasa Malaysia kot. Takkan la macam nih saja korang buat sambal? It’s bad and totally rasa sambal yang sama seperti kata-kata netizen berkaitan menu Nasik Lemak Burger. Nih bukan cili sos der, nih sambal. So tolonglah buat sambal yang betul-betul kick. Bukan acah-acah sambal yang memang bukan rasa sambal lagi dah. It’s more like chilli paste la senang cerita or cili boh yang baru dimasak. Belum ditaruk bawang or sebagainya. Ia nampak dan rasa terlalu bland. Baunya pon agak kurang enak.

Salad pon satu hal lagi. Nih apekes letak salad lembik dan tak segar pada menu. I think, nih masalah cawangan Mekdi laa bukan pada Mekdi secara overall. Kalau Manager Mekdi Klang Sentral baca nih please laa tengok kitchen kome betul-betul. Sesibuk mana pon kitchen pastikan laa serve makanan yang betul-betul mengikut SOP dan jangan la serve makanan yang main hentam kromo jek, terutama taste dan kualiti makanan tersebut janganlah sampai terjejas. Ia sekaligus memang merobek hati peminat tegar Mekdi macam aku nih yang ingin merasa kelainan dibawa Mekdi tetapi sayangnya ia sukar untuk diadaptasi oleh kami jika hidangan ini berada di pasaran dalam tempoh yang lama, yerlahh Ramadhan sebulan. Nak kata menu nih akan hit? aku rasa hit kena hentam dengan makcik bawang jek kot. Sebab tiada faktor X. Kepsi punya nasik much better. Lagi moist, lagi beraroma malah enak dimakan dengan sup yang berasa siap ada ayam ball lagi dan juga ayam goreng. Mekdi jauh ketinggalan. Simple jek nasik dekat Kepsi. Tidak terlalu gah seperti Mekdi tetapi hidangan di sana lebih diterima oleh tekak kami. Please improve wahai Mekdi.

Next, Nasik Lemak Pak Nasser (Air Asia in-flight meal)

Ramai yang mengatakan jika naik pesawat Air Asia jangan lupa untuk mencuba Nasik Lemak Pak Nasser. Aku yang baru-baru nih travel ke Langkawi pon booked laa hidangan ini untuk dinner travel di malam hari. Dengan rm12 sahaja, kita mendapat seset nasik dan jugak air mineral water. Dalam set nasik lemak Pak Nasser ini dilengkapi dengan seportion nasik lemak, rendang ayam, sambal yang nampak macam sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, dan jugak telur rebus. Ia dihidang panas kepada kita setelah Flight Attendant telah memanaskannya dengan microwave. Kita boleh nampak tekstur bahagian atas nasik yang agak kering, telur rebus pon nampak kering di bahagian top kerana effect microwave.

Suapan pertama

Mula-mula aku bukak jek aluminium pack tuh menusuk bau nasik lemak, bau rendang, bau sambal yang sangat-sangat yummy delicious. Rasa membuak-buak nak makan. Tapi apa-apa pon snap gambor dulu tuh paling penting. Pasangan dari Czech dah telan alio la pulak melihat aku membuka nasik elmak nih. Terdengar bunyik glupp dari kerongkong minah Czech yang duk seblah aku. Aku jemput jek laa depa makan, but they said full already. So now, it’s time for me to dig in.

Amik nasik sikit, sambal sikit, ayam rendang sikit, kacang and ikan bilis kasi ngap satu kali apa kes jadinya. Suppp, masuk jek ke mulut aku pelbagai rasa muncul. Semua deria rasa aku memainkan peranan. Syiokkk woii. Sedap namateyyy… Nih baru nasik lemak. Nasiknya berderai, cukup rasa santan, flavor nasik lemak cukup enak. Ada bau dan rasa halia, daun pandan, semua diadun menjadi satu. Sambalnya walaupon nampak kosong tapi mempunyai tekstur sambal yang cantik bersesuaian dengan rasa sambal yang cukup enak. Ada rasa pedas-pedas manis dan cukup flavorful. Rendang ayam pon cukup rasa, dan senang cerita nih semua bukan acah-acah laa, tapi memang dimasak ikhlas untuk memperkenalkan masakan Malaysia di mata dunia.

Macam nih punya nasik lemak barulah A Plus. Kita sebagai rakyat Malaysia pon puas hati dengan masakan tersebut inikan pulak tourist dari negara luar. Nih namanya masak menggunakan kasih sayang namanya. Guna hati macam mak-mak kita masak. Mekdi tuh aku rasa robot yang masak kot. Tuh sebab main tibai jek. Mungkin time aku pergi tuh dah salah program.

Kesimpulannya, nasik lemak Air Asia lagi sedap dan lagi berasa daripada Nasik Mekdi yang bagi pendapat aku tuh sebenar nak suh sapa rasa gamaknya? Especially sambal. Sambal apertuh Mekdi oii? Sambal ke cili pes? Patutnya, Air Asia kena buat satu restoran fast food kt ground dan menghidangkan kesemua makanan yang ada dalam flight. Nanti bila-bila free aku nak rasa Nasik Ayam Uncle Chin pulak. Dorang cakap menu tuh pon killer jugak dalam flight. Anyway, please improve ya Mekdi. Aku bukan nak jadi pakcik bawang tetibe, tetapi kalinih i can’t accept your rice menu. Artikel aku sebelum-sebelum nih jarang aku membawang sal kekurangan Mekdi instead orang cakap bukan-bukan pasal Burger fish Thai kome aku still rasa menu tuh dikatakan sedap lah jugak. Pada mengkome kat luar sana yang nak cuba menu nasik Mekdi bolehlaa gi cawangan Mekdi berhampiran. Kalau rasa nak telur rebus amik set C tambah singgit jek dapat telur rebus. Kalau nak nasik jek dan sambal pon boleh gak. Tuh pada sapa-sapa yang betul-betul nak makan nasik jek laa or memang dah beli lauk dekat bazar Ramadhan. Or kalau korang nak amik set macam aku tuh dalam rm12.50 sahaja dapat ayam goreng sekali. Air Asia punya nasik lemak tetap the best and the boom! Ia bukan sekadar gimik or fatamorgana. Double thumbs up! Tuh aku tak boleh bagi korang alamat Waze. Korang kena laa naik flight Air Asia nak merasai keenakan in-flight menu. Challos dulu, bye!

Verdicts and Score

Nasi Mekdi

Kesedapan ⭐️

Ketagihan ⭐️

Repeat ⭐️

Recommended ⭐️ (Ayam goreng saja sedap!)

Nasi lemak Air Asia

Kesedapan ⭐️⭐️⭐️⭐️

Ketagihan ⭐️⭐️⭐️

Repeat ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Recommended ⭐️⭐️⭐️⭐️ (cumatimun jek takde)

Tinggalkan komen