Ayam Dara Bakar @KennyRogersRoasters


Kenny Rogers nih dah bertapak dekat Malaysia sejak 1994 tidak silap aku. Masa tuh, arwah bapak aku paling menunggu-nunggu kedatangan KR nih kat Malaysia. Kami sempat merasa keenakan ayam dara bakar ini semasa tahun 2000 di Jaya Jusco Ipoh Timur kerana ia baru dibuka di Perak. Memang satu restoran francais yang lain daripada yang lainlah ketika itu. Makanannya pelbagai dan hidangannya semua berasaskan kepada healthy food dan kurang garam dah macam makanan hospital. Bagi arwah bapak aku, dia sangat sukakan makanan kat KR nih tapi tidak pada aku. Yalah, aku lebih suka makanan bergoreng seperti Mekdi dan Kepsi lebih lagi. Tetapi seiring dengan usia, aku kini lebih mementingkan kesihatan badan dan di KR ini ia sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin menjaga diet dan pola pemakanan yang sihat serta menyelerakan.

Apa yang saya makan?



1/4 Chicken Original Sauce ⭐️⭐️
⭐️⭐️

Ayamnya dibakar elok, lembut dan senang untuk dimakan. Ayamnya juga juicy dan sosnya amat sesuai dimakan bersama. Salad dan sauce thousand island sebagai hidangan sampingan seperti biasa memberikan balance makanan main dish sedia ada.



Chicken Teriyaki Set
⭐️⭐️⭐️⭐️

Ayam chicken chop yang menggunakan jenis ayam ternak biasa yang besar. Rencah yang digunakan untuk pembakaran adalah berbeza dengan set ayam bakar sedia ada. Sosnya yang manis dan terasa nikmat kicap istimewa Teriyaki memecah selera sesiapa saja untuk menikmatinya. Coleslaw yang agak mild dan enak kerana sosnya yang tidak terlalu kuat membuatkan kita merasai natural sayur yang digunakan. Sangat sesuai dikenakan dengan ayam teriyaki sedia ada. Terbaik… kepada sesiapa yang nak kelainan dalam menu tipikal yakni sedia ada di KR, boleh mencuba hidangan unik ini.

Mac N Cheese ⭐️⭐️⭐️


Bagi aku yang mempunyai lidah ketimuran, makanan ini agak heavy untuk ditelan. Ia sedap, cuma rasa muak kerana cheese sosnya yang pekat dan banyak. Ia langsung tidak masin dan senang cerita kurang rasa at all. Begitu juga dengan ayamnya yang totally ayam dada yang direbus atau dipanggang tanpa perasa tambahan. Untuk sesiapa yang menjaga badan tu, boleh laa mencuba hidangan sihat nih. Hehehe…


Muffins (Banana & Chocolate) ⭐️⭐️⭐️⭐️

Kalau mai KR tak makan muffins nih rugiler. Nih laa makanan paling best kt KR. Muffins depa berbeza dengan tempat-lain daripada segi tekstur dan rasa. Ia masak dengan elok, nampak garing di luar dan sangat lembut di dalam. Aroma natural bahan yang digunakan amat terasa dan laling best depa letak hazelnut or choco chips dalam muffin tu membuatkan kita tidak rasa jemu dalam mengunyahnya.

Okay, sampai sini saja review untuk KR. Nanti akan cube menu yang lain pula jika ada masa… Harga makanan di sini agak mahal jugak berbanding fast food chain yang lain. 3 bulan sekali nak mai rasa tuh oklah.. Hari-hari nak makan sini kopak gak, hehehe…  ✌️✌️✌️

Tinggalkan komen